Assalamualaikum
Baru-baru ni Cikgu Sya ada pergi masjid. Lepas tu ternampak la seorang ibu muda ni dengan anaknya dalam lingkungan 2 tahun.. Seronoknya tengok depa ni sebab masa ibu dia nak solat budak ni xkacau pun tapi ikut je ibu dia solat sekali.. Dia tiru satu-satu pergerakan solat ibu dia.. Alahai comey nyer awakk.. jatuh cinta Cikgu Sya dibuatnya.. >_<
Solat. Cikgu Sya tak tahu kenapa. Tapi satu soalan wajib yang Cikgu Sya akan tanya bila masuk kelas ialah "siapa yang solat Subuh tadi?" Lepas tu baru akan tanya soalan2 lain., sihat tak hari ni and so on. Jadi kalau ada anak murid Cikgu Sya yang terlepas solat subuh Cikgu Sya akan suruh dia qada balik masa rehat. Dah solat jumpa Cikgu Sya bagitahu yang dah qada solat tadi.. Setakat ni budak2 memang dah tahu soalan Cikgu Sya. Sampaikan kadang-kadang Cikgu Sya baru sampai sekolah nak parking keta budak dah jerit.. "Ticer.. Saya solat subuh tadi.." haha.. semangat betoi jerit. Tapi syukur sangat-sangat bila macam tu.. selalu pesan dekat murid.. Nakal macam mana sekalipun jangan tinggal solat, kalau tinggal cepat2 ganti balik.. dan alhamdulillah murid-murid makin faham.
Masa Cikgu Sya praktikum dulu ada juga niat nak buat kad reward untuk solat pada budak-budak2 yang Cikgu Sya ajar. Tapi xsempat. Inshaa Allah kalau Cikgu Sya ada rezeki posting dan jadi cikgu memang niat Cikgu Sya nak buat macam tu. Bagi murid-murid semangat untuk solat. Inshaa Allah. Doakan ye.
Ok. Hari ni sebenarnya Cikgu Sya nak belanja kad untuk bacaan dalam solat. Jadi kalau ada cikgu2 niat nak buat juga macam Cikgu Sya boleh la print bagi kat murid. Mak2 kat rumah ke.. sekarang senang je xpayah beli2 kat kedai.. print sendiri. Jimat banyak.. orite jom check it out!
Haa.. Cikgu Sya dah ejas bagi ikut turutan.. tapi xtaw la jadi macam ni jugak.. hahaha.. pandai2 la nanti ye.. print pastu boleh tampal kat bilik ke.. kat kelas ke.. boleh je.. haa bahan ni Cikgu Sya ambil di Facebook. Pun tak ingat sapa punya.. jadi doalah pemilik atau pembuat kad ni diperoleh pahala berterusan. Ok?
~Musim panas ni. Jangan lupa minum air banyak-banyak. :D